PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger percaya dia berjaya memecah rekod perpindahan kelab untuk membawa masuk Alexandre Lacazette dari Lyon. Bos The Gunners itu juga yakin bahawa dia berjaya memujuk penyerang Perancis itu untuk hadir ke Emirates dengan perjanjian bernilai 44 juta pound sterling (RM239 juta) yang akan dimeterai seawal minggu depan. Harga perpindahan itu akan memecah rekod Mesut Ozil yang menyertai Arsenal pada 2013 dengan nilai 42.5 juta pound sterling (RM231 juta). Lacazette yang sudah menjaringkan 100 gol dalam 203 penampilan bersama Lyon menjadi pengganti ideal buat Alexis Sanchez yang semakin pasti meninggalkan skuad London itu. Malah dikhabarkan, Lyon berminat mendapatkan khidmat Olivier Giroud sebagai pertukaran tetapi penyerang Perancis itu mahu kekal bersama Arsenal. Arsenal setakat ini menandatangani pemain pertahanan Schalke, Sead Kolasinac secara percuma. - MIRROR