suria

Depay Lamar Kekasih

Depay melamar kekasihnya.

BEKAS pemain Manchester United, Memphis Depay berkongsi berita gembira mengenai pertunangan dengan kekasihnya, Lori Harvey pada Sabtu di laman Instagram.

Depay dilaporkan sedang bercuti di California sejak beberapa hari lalu.

Dia bukan sahaja memuat naik video sedang bermain bola keranjang malah video rap bersama rakan pasukannya (Belanda), Quincy Promes.

Kali ini dia turut berkongsi berita gembira melamar teman wanitanya yang berusia 22 tahun.

Lori yang juga anak tiri kepada pelawak Amerika Syarikat (AS) Steve Harvey muncul dalam dua gambar bersama Depay.

Salah satu gambar menunjukkan Depay melutut dan melamar Lori.

"Dia kata ya," demikian menurut kapsyen gambar itu.

Gambar kedua yang dimuat naik dalam laman Instagram Lori menunjukkan reaksinya selepas menerima lamaran Depay.

"Saya amat bersyukur, saya akan berkahwin dengan kawan baik saya. Saya katakan ya!!!," tulis Lori.

Depay akan kembali ke Perancis pada latihan pra musim dengan Lyon dalam masa terdekat.

Dia mewakili Belanda ketika menang 5-0 ke atas Luxembourg pada aksi kelayakan Piala Dunia, 9 Jun lalu.

Memphis Depay

Artikel Berikut

Artikel Lain