suria

Tengok Tiga Trofi Kami - Pogba

Paul Pogba

BINTANG Manchester United, Paul Pogba membalas kritikan terhadap pasukannya dengan menyatakan mereka patut melihat tiga trofi yang dimenangi United musim lalu.

Walaupun persembahan mereka dikritik, United tetap menjulang piala Liga Europa, Piala EFL dan Piala Perisai Komuniti pada 2016/17.

Pogba, dalam musim pertamanya di Old Trafford, turut dipersoalkan selepas United membayar €105 juta untuk menandatanganinya dari Juventus, sekali gus mencatatkan rekod dunia.

Pemain antarabangsa Perancis itu menolak dakwaan pengkritik, dengan tiga gelaran yang berjaya diraih Jose Mourinho.

"Saya dapat terima bahawa kami tidak bermain dengan baik, kami tak buat itu, tak buat ini," kata Pogba dalam temu bual dengan majalah Esquire.

"Saya juga tahu apa yang kami telah lakukan, kami telah menang tiga trofi.

"Itulah yang penting. Sebab anda boleh jadi pasukan terbaik di dunia, anda boleh bermain bola sepak dengan hebat dan anda tidak menang sebarang trofi. Siapa yang akan mengingati mereka?."

Pogba menikmati kempen yang baik dalam musim pertamanya di United, kelab yang ditinggalkannya pada tahun 2012 untuk berhijrah ke Juventus.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia meninggalkan kelab gergasi Liga Perdana itu untuk mencari lebih banyak peluang bermain, tetapi sering merasakan untuk kembali bersama United adalah sesuatu yang mungkin.

"Saya meninggalkan Manchester untuk bermain, itu sahaja yang saya mahu, walaupun saya masih muda, saya rasa saya boleh bermain dan saya tidak mahu menunggu," kata Pogba.

"Jadi jika tidak dengan Manchester, ia boleh jadi tempat lain. Tetapi dalam fikiran saya, saya tahu: "Ia belum selesai, saya mungkin akan kembali.

"Ibu saya memberitahu saya 'anda akan kembali suatu hari nanti'."

Paul Pogba, trofi

Artikel Sebelum

Terry Umum Kelab Baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain