MANCHESTER United dilapor sedang mengintai pemain tengah Borussia Dortmund yang juga tonggak Jerman. Jose Mourinho ingin mendapatkan Julian Weigl selepas gagal membawa Eric Dier atau Nemanja Matic yang menjadi pilihan utama. Menurut Daily Mail, Tottenham menolak untuk berbincang mengenai perpindahan Dier manakala Chelsea masih ingin melepaskan Matic. Bagaimanapun The Blues ingin mendapatkan kata putus mengenai Tiemoue Bakayoko sebelum melepaskan pemain utamanya. Weigl, 21, mengalami patah di bahagian buku lali pada penghujung musim lalu dan terpaksa diketapikan sehingga September ini. Kecederaan tersebut juga membantut minat Barcelona dan Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya. Namun United dijangka akan mendapatkan Weigl pada Januari tahun depan kerana bimbang tidak dapat digunakan.