PENYERANG Benefica mengulangi hasratnya untuk menyertai Manchester United apabila mendapati tiada bidaan dibuat oleh Jose Mourinho terhadap dirinya setakat ini. Anderson Talisca yang sedang dipinjamkan kepada Besiktas itu ingin meninggalkan Benefica dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta. Pemain Brazil itu juga telah membuktikan ketajaman penyudahnya dengan menjaringkan 17 gol dalam 33 penampilan bersama Besiktas. Talisco menawarkan dirinya kepada United kerana ingin menjadi anank didik Mourinho. "Saya sangat menghormati Jose Mourinho, dia seorang jurulatih yang hebat. "Saya juga sentiasa ingin bermain di bawahnya dan bekerja bersamanya. Saya tidak mahu bercakap sama ada ada bidaan atau tidak. "Tetapi saya ingin beritahu mengenai minat untuk beraksi bersama pasukan yang dibimbing Mourinho," jelasnya. - Futbolarena