suria

Atletico Sedia Berkorban Demi Costa

ATLETICO MADRID sedia melancarkan bidaan rasmi pertama untuk membawa pulang penyerang berbisa mereka, Diego Costa yang dikhabarkan serius mahu meninggalkan Chelsea pada musim perpindahan ini.

Malah Atletico mahu melengkapkan perpindahan tersebut sebelum juara Liga Perdana Inggeris itu memulakan latihan pramusim pada Isnin depan.

Laporan media Sepanyol pada Rabu mendakwa, rundingan antara kedua-dua kelab itu mungkin sudah berlangsung tetapi harga perpindahan dikatakan menjadi penghalang untuk Costa kembali ke Atletico.

Kelab Sepanyol itu enggan emmbayar lebih daripada 20 juta pound sterling untuk pemain berusia 28 tahun itu yan masih berbaki kontrak selama dua tahun dengan gaji bernilai 150,000 pound sterling.

Costa menyatakan pendirian bahawa dia hanya akan menyertai Atletico selepas dimaklumkan oleh bos Chelsea, Antonio Conte bahawa dia tiada perancangan dalam skuad The Blues pada musim depan.

Bagaimanapun perpindahan Costa ke Atletico berdepan halangan besar selepas kelab Sepanyol tersebut dikenakan sekatan oleh FIFA dan tidak dibenarkan mendaftar pemain sehingga hujung tahun ini.

Jika Costa sanggup, dia hanya boleh bermain untuk kelab tersebut pada Januari tahun depan. - MAIL ONLINE

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

B-22: Tak Jadi Tunda

Artikel Berikut

Artikel Lain