BEKAS juara Kejohanan Wimbledon Roger Federer dan Novak Djokovic mara ke pusingan 16 pemain terbaik.
Kedua-dua bintang dunia itu menewaskan lawan masing-masing secara straight set.
Federer,35, yang beraksi selaku pemain pilihan ketiga menyingkir pemain Jerman, Mischa Zverev 7-6 (7-3) 6-4 6-4.
Manakala pemain pilihan kedua kejohanan, Djokovic menewaskan Ernest Gulbis 6-4 6-1 7-6 (7-2) dari Latvia.
Federer bakal bertemu pemain Bulgaria, Grigor Mimitrov dan Djokovic menentang Adrian Mannarino Isnin ini.