PEMAIN tengah Ajax berada dalam keadaan selepas pengsan ketika menjalani perlawanan persahabatan di Austria pada Sabtu. Abdelhak Nouri,20, memerlukan pemantau pihak perubatan jika ingin kembali ke padang. Namun pihak kelab mengesahkan denyutan jantung stabil dan masih rehat. Berikutan insiden itu, perlawanan Ajax bertemu Werder Bremen dibatalkan. Nouri dilaporkan mempunyai masalah denyutan jantung (arrhythmias), sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan. "Appie kini berehat dan rawatan akan dilakukan sebaik mungkin. Kami sentiada ada dengan dia dan keluarganya," jelas Ajax yang menggelarkan pemain itu sebagai 'Appie'. Nouri telah merekodkan 15 penampilan bersama kelab Belanda itu musim lalu termasuk aksi Liga Europa.