PENGENDALI Inter Milan merancang untuk bertemu Ivan Perisic pada Isnin bagi membincangkan masa depan pemain itu. Luciano Spaletti mengesahkan bahawa dia akan bertemu Perisic sebaik sahaja mereka kembali menjalani latihan pada hari tersebut. Spaletti terpaksa melakukan perbincangan dua mata selepas pemain berkenaan memberi isyarat untuk berhijrah ke Manchester United menerusi media sosial. Bagaimanapun, Spaletti mendakwa Perisic tidak akan meninggalkan kelab itu kerana tiada kepentingan untuk melakukan demikian. "Saya akan bertemu setiap pemain yang 'terganggu' dengan dakwaan dari luar. "Saya akan dengar, saya tidak meraguinya, kita perlu memahami situasinya. "Tidak bagus untuk saya untuk mendengar "saya ingin tinggalkan kelab ini". "Apa pun yang akan diperkatakan, kita akan tunggu dan lihat nanti," jelasnya kepada pemberita.