suria

Bertuah Penyokong Man United Dapat Tandatangan Lukaku

Romelu Lukaku menandatangani baju Manchester United yang dipakai seorang penyokong muda. Foto 'story' Instagram Romelu Lukaku

ROMELU Lukaku selesai menjalani ujian perubatan susulan langkahnya dari Everton ke Manchester United.

Kelab itu setuju membayar £75 juta (RM415 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain Belgium tersebut dan tambahan £15 juta (RM83 juta) berdasarkan prestasinya di Old Trafford.

Tawaran itu membuatkan Lukaku lebih mahal berbanding Paul Pogba yang mendapat £89 juta (RM493 juta).

Lukaku terus mengemaskini perkembangannya dalam ujian perubatan buat pengikutnya menerusi 'story' di laman sosial Instagram.

Menerusi beberapa klip video dan gambar, pemain berusia 24 tahun itu menunjukkan sesi pemeriksaan dari bilik menunggu sehingga selesai.

Malah beliau meluangkan masa untuk menandatangani baju Manchester United yang dipakai seorang penyokong muda kelab tersebut.

Menerusi keterangan gambar, beliau menulis 'Penyokong Manchester United pertama yang saya jumpa'.

Gambar terakhir Lukaku menunjukkan beliau memberikan isyarat bagus dengan berkata: "Finito!" (selesai). - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain