SEBUAH kelab bola sepak terkenal sedang mengatur pertemuan dengan Borussia Dortmund bagi membincangkan mengenai perpindahan Pierre-Emerick Aubameyang. Kelab berkenaan iaitu AC Milan dilapor mahu mendapatkan penyerang tersebut sebelum dia terlepas ke tangan kelab Liga Super China. Selain itu, Arsenal, Liverpool dan PSG turut mahu mendapatkan khidmatnya yang dianggap penjaring gol prolifik di Eropah. Kelab dari China, Tianjin Quanjian yakin dapat melengkapkan perpindahan bernilai £70 juta bagi mendapatkan Aubameyang. Media Itali, Gianluca Di Marizo mendakwa, AC Milan mengatur pertemuan itu tanpa berharap mereka mampu melengkapkan perpindahan berkenaan. Ini kerana, kelab itu tidak mampu membayar jumlah gaji yang dituntut Aubameyang yang dianggap tidak masuk akal. Namun mereka yakin dapat berbincang dengan Dortmund dan agen pemain kerana ia mampu mengubah fikiran Aubameyang.