suria

Wimbledon: Djokovic Tarik Diri

NOVAK Djokovic terpaksa melupakan baki saingan Kejohanan Wimbledon selepas menarik diri ketika aksi suku akhir.

Bintang tenis Serbia itu terpaksa menghentikan permainannya ketika menentang Tomas Berdych pada set kedua.

Djokovic yang menjadi pemain pilihan kedua kejohanan yang tewas pada set pertama berjalan menuju ke arah jaring dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan lawannya.

Menurut Djokovic ia berkaitan dengan kecederaan di siku kanan yang mengganggunya lebih setahun setengah yang lalu dan kesakitan makin dirasai sejak memulakan kejohanan ini.

"Tahap kesakitannya ada dan ianya tidak bertambah tetapi semakin hari ia dirasai. Malang sekali hari ini adalah hari malang.

"Agak kecewa juga kerana terpaksa menamatkan aksi Wimbledon, grand slam dengan cara ini.

"Maksud saya, jika ada orang yang berasa kecewa, itu adalah saya. Tetapi anda tahu, saya telah mencuba.

"Bekas pemain nombor satu dunia itu turut menarik diri pada saingan Terbuka Australia dan Perancis tahun ini dan kini menduduki tangga keempat dunia.

Novak Djokovic, Wimbledon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain