BEKAS penyerang Chelsea, Gianfranco Zola menggesa Antonio Conte tidak membuang masa dan mendapatkan penyerang yang sepatutnya dapat membantu kelab berkenaan. Juara Liga Perdana Inggeris itu berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan penyerang bagi menggantikan Diego Costa yang diumumkan tidak berada dalam perancangan kelab itu musim depan. Berikutan itu, Zola mahu Chelsea mendapatkan Andrea Belotti secepat mungkin selepas gagal membawa Romelu Lukaku ke Stamford Bridge. Bagaimanapun The Blues mungkin terpaksa membelanjakan hampir £87.6 juta untuk menebus kontrak penyerang Torino itu. "Secara jujurnya, saya fikir lebih baik Chelsea dapatkan Andrea Belotti. "Dia seorang penyerang yang menyamai Costa, malah lebih cergas dan aktif di atas padang," katanya kepada talkSport