suria

Latif Pertahan Emas

Abdul Latif Romly.

PETALING JAYA: Pemegang pingat emas di Paralimpik Rio, Abdul Latif Romly memberikan kegembiraan berganda buat Malaysia apabila mengekalkan gelaran bagi acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Latif mencatatkan lompatan sejauh 7.37 meter (m) dalam pusingan akhir di Queen Elizabeth Olympic Park.

Ia ternyata menjadi kemenangan buat Latiff yang memperbaiki rekod kejuaraan 7.35m semasa beliau merangkul emas semasa edisi lalu di Doha, Qatar pada 2015.

Talic Zoran dari Crotia yang berada tempat kedua selepas Latif di Paralimpik Rio tahun lalu meraih perak dengan catatan 7.32m.

Dmytro Prudnikov dari Ukraine merangkul gangsa dengan catatan 7.12m.

Latif merupakan pemegang rekod dunia pada acara itu. 

Beliau mencatatkan lompatan sejauh 7.60m bagi kemenangan emasnya di Rio tahun lalu.

Pada Sabtu, atlet paralimpik negara, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20.

Bertempat di Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29m, memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada Paralimpik di Rio iaitu 16.48m.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain