suria

Mourinho 'Usik' City, Liverpool, Spurs

SAINGAN Liga Perdana Inggeris masih belum bermula, tetapi bos Manchester United sudah melancarkan perang psikologi terhadap tiga pencabar utama, Manchester City, Tottenham Hotspur dan Liverpool.

Tiga pasukan itu menjadi sasaran Mourinho selepas gagal memenangi sebarang trofi pada musim lalu meskipun masing-masing melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

Manchester United sekadar menamatkan saingan di tempat keenam tetapi merangkul kejuaraan Piala EFL dan Liga Europa, sekali gus layak bermain di Liga Juara-Juara.

Namun bagi Mourinho, hanya United dan Arsenal layak digelar sebagai kelab berjaya pada musim lalu berbanding seteru yang lain selain juara liga, Chelsea ekoran kejayaan merangkul trofi.

"Saya fikir, selain Chelsea, Manchester United yang kedua paling berjaya disusuli Arsenal.

"Perkara ini cukup jelas," kata pengurus kelahiran Portugal itu.

"Untuk menamatkan tempat kedua, ketiga dan keempat ibarat berada di tempat pertama, kedua dan ketiga terakhir, kerana hanya ada satu juara (Chelsea).

"Arsenal menang satu kejohanan (Piala FA), dan United menang dua.

"Jika ada pasukan yang perlu buktikan sesuatu musim ini adalah pasukan yang gagal memenangi apa-apa.

"Jadi, mereka perlu membuktikan untuk memenangi sesuatu," katanya merujuk kepada Liverpool, City dan Spurs. - Mirror.uk

Manchester United, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain