suria

Dua Kelab Berebut Javier Hernandez

Javier Hernandez

BEKAS penyerang Manchester United Javier Hernandez kini sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan dua kelab liga Perdana Inggeris.

Dua kelab tersebut adalah Chelsea dan West Ham United yang sedang bersaing untuk mendapatkan Hernandez musim panas ini.

Jurulatih Chelsea Antonio Conte telah terlepas sasaran utamanya Romelu Lukaku yang bergabung ke Manchester United dan usaha memburu Alvaro Morata dari Real Madrid dilihat tidak menampakkan kemajuan memberangsangkan.

The Blues sangat memerlukan penyerang baru untuk menggantikan Diego Costa yang akan bergabung kembali dengan Atletico Madrid walaupun berdepan hukuman larangan perpindahan pemain.

Pierre-Emerick Aubameyang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge, namun Conte dilihat mungkin akan menambah lebih dari seorang pemain di bahagian depan.

Sementara itu, The Hammers yang dikaitkan dengan ramai penyerang masih tidak dapat melengkapkan perjanjian walau dengan seorang pemain setakat ini.

West Ham sebelum ini tertarik dengan pemain seperti Olivier Giroud dan Kelechi Iheanacho tetapi keinginan itu dilihat telah pudar, dengan Hernandez kini menjadi sasaran utama mereka.

Pemain dari Mexico ini sedia untuk meninggalkan Bayer Leverkusen dan memiliki klausa pelepasan 13 juta pound dalam kontraknya.

Menurut akhbar Mexico, Publimetro, Hernandez sedang mempertimbangkan keputusan untuk bergabung dengan Chelsea atau West Ham.

Pemain berusia 29 tahun itu memiliki pilihan untuk pergi ke Stadium London dan menjadi pemain utama dalam pasukan Slaven Bilic atau menuju ke Stamford Bridge dan berjuang untuk mendapatkan tempat di bawah asuhan Antonio Conte.

Turut dilaporkan, masa depan Hernandez di Liga Perdana Inggeris akan ditentukan segera.

West Ham dipercayai masih di peringkat perbincangan dengan pemain itu dan didakwa mahukan gaji sekitar 140,000 pound seminggu.

Jumlah itu akan menjadikannya pemain yang mendapat bayaran tertinggi di The Hammers di atas Andy Carroll.

The Blues pula dilihat tidak bermasalah untuk memenuhi tuntutan Hernandez, hanya menunggu si pemain itu membuat keputusan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selamat Datang Ke Chelsea!

Artikel Lain