JOSE Mourinho mendedahkan bahawa Zlatan Ibrahimovic masih boleh bermain untuk Manchester United musim depan. Pemain berusia 35 tahun itu merupakan penjaring terbanyak United musim lepas, dengan meraih 28 gol dalam semua pertandingan sebelum mengalami kecederaan lutut pada April. Sebelum cedera, dia dikhabarkan akan melanjutkan perjanjian kontrak dengan United selama 12 bulan, tetapi kecederaan ligamen yang agak serius membuatkan dia membuat keputusan untuk tidak bermain dengan kelab itu lagi. Bagaimanapun didedahkan bahawa pemain dari Sweden itu akan terus menggunakan Kompleks Latihan Carrington untuk proses pemulihannya, tetapi kemungkinan bahawa dia akan meninggalkan Old Trafford sekali lagi dilihat meragukan. Berita awal minggu ini mencadangkan bahawa bekas penyerang Barcelona, Juventus, Inter, Milan dan PSG ini pulih pada kadar yang mengagumkan dan mungkin dapat kembali bermain mengikut jadual. Kelab ini sedang menjalani perlawanan pra-musim mereka di Amerika sementara Ibrahimovic tetap berada di England, dengan pengurus United, Jose Mourinho, telah memaklumkan keadaan semasa Ibrahimovic. "Ia mungkin. Dia terbuka. Kami mahu jujur dan terbuka dan menyerahkan segala-galanya untuk dia membuat keputusan, sekiranya dia berkeinginan mahu pergi. "Jadi ia bukan satu kontrak baru, ada ruang dan masa untuk berfikir, merasainya, membuat keputusan dan, dari sudut pandangannya, dia mahu bermain di peringkat tertinggi. "Dia tidak mahu bersembunyi di sebalik kecederaan yang luar biasa, dia tidak gembira dengan bagaimana dia telah menamatkan musim, walaupun menjulang trofi Eropah pertamanya, tetapi dia tidak bermain, jadi dia mahu mencabar diri sendiri dan terus bermain di tahap tertinggi. "Sudah tentu kami pintu kami sentiasa terbuka untuk dia pulih bersama kami. Old Trafford, Carrington terbuka untuk dia pulih dan menjadi salah seorang daripada kami dan, pada masa yang sama, marilah membuat keputusan yang akan membuatkan kami semua gembira."