CHELSEA sah menandatangani penyerang Real Madrid, Alvaro Morata. Morata sebelum ini dijangka menyertai Manchester United tetapi perjanjian itu tidak berlaku apabila mereka sebaliknya menandatangani Romelu Lukaku. Penyerang dari Sepanyol berusia 24 tahun itu telah mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus dan rakan sepasukannya awal minggu ini untuk menandatangani kontrak lima tahun dengan The Bules. Morata berkata: "Saya sangat gembira berada di sini. Menjadi sebahagian daripada kelab besar ini adalah satu perasaan yang luar biasa. Saya sedang berusaha untuk bekerja keras, menjaringkan sebanyak gol yang saya mampu dan memenangi trofi sebanyak mungkin." Pengarah Teknikal, Michael Emenalo memberitahu laman web Chelsea: "Kami gembira dapat menandatangani Alvaro dan mengalu-alukannya ke kelab ini. Kami percaya dia boleh memberi impak besar kepada Chelsea dan berharap dapat melihat dia beraksi dengan baik. "Alvaro telah membuktikan kelas di peringkat tertinggi dan kualitinya akan menjadi aset besar bagi Antonio dan skuad." Morata juga pernah bermain untuk Juventus dan kembali ke Real selepas mereka melakukan klausa pembelian pada 2016. Yuran dipercayai bernilai kira-kira £70 juta.