suria

Enam Janji Lama Wenger Selubungi Masa Depan Sanchez

KHABAR angin terus 'bertiupan' menyelubungi masa Alexis Sanchez tetapi pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi mesej jelas bahawa penyerang kebangsaan Chile itu tidak akan dijual.

Namun setiap kali Wenger melontarkan janji tersebut, ia sebenarnya memberi masalah.

Sebelum ini, Wenger membuat janji yang sama tetapi akhirnya pasti ada pemain yang akan berpindah keluar dari Emirates.

Siri jelajah pramusim The Gunners di Australia dan China menyaksikan Wenger terus diasak tentang masa depan Sanchez.

"Keputusan telah dibuat dan kami akan berpegang kepadanya. Keputusannya adalah tidak akan menjual (Sanchez)," kata pengurus kelahiran Perancis itu.

Media Perancis mendakwa Sanchez sudah menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan PSG manakala Manchester City sebelum ini berjaya memancing lima pemain Arsenal ke Etihad.

Masalah buat penyokong Arsenal adalah janji manis Wenger untuk mengekalkan pemain kesayangan kelab tetapi akhirnya memungkiri janji tersebut.

Berikut adalah antara janji manis Wenger yang pernah dimungkiri:

1. THIERRY HENRY


Pada 12 Jun 2007, Wenger berkata bahawa Henry akan kekal semusim lagi dan dia memberi jaminan tentang perkata itu.

Kemudian 25 Jun 2007, Henry menyertai Barcelona dengan nilai 16.1 juta pound sterling.


2. EMMANUEL ADEBAYOR


"Jika dia (Adebayor) tidak mahu kekal, dia akan pergi tetapi saya fikir dia akan kekal bersama Arsenal musim ini," kata Wenger pada 3 Jun 2009.

Adebayor menyertai Manchester City dengan harga 25 juta pound sterling pada 18 Julai 2009.


3. SAMIR NASRI


"Adakah Nasri akan kekal di Arsenal pada musim depan? Saya katakan ya. Selalu wujud spekulasi apabila pemain berbaki kontrak setahun akan berpindah, tetapi Nasri sangat gembira di kelab ini dan komited untuk kekal," Wenger berjanji pada 11 Jun 2011.

14 Ogos 2011, Nasri menyertai City dengan nilai perpindahan 24 juta pound sterling.


4.CESC FABREGAS


11 Julai 2011. Wenger berkata bahawa Fabregas menyayangi Arsenal dan yakin mampu mengendalikannya.

"Kita tahu kisah Fabregas mahu menyertai Barcelona sudah berakhir dan kita perlu fokus pada musim baharu."

Fabregas menyertai Barcelona pada 15 Ogos 2011 dengan harga 35 juta pound sterling.


5. ROBIN VAN PERSIE


"Pelan kami adalah untuk mengekalkan Van Persie walaupun membeli pemain baharu. Van Persie adalah pemimpin kelab dan dia masih memiliki kontrak sehingga 2013," kata Wenger pada 8 Mac 2012.

17 Ogos 2012, Van Persie menyertai Manchester United dengan nilai 22 juta pound sterling.


6. BACARY SAGNA


22 Februari 2013, Wenger berkata untuk mengekalkan Sagna dan akan memastikan pemain itu meninggalkan kelab secara percuma.

13 Jun 2014, Sagna menyertai City secara percuma.


SUMBER: Metro.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain