suria

Penyerang Kesepian Mulakan Latihan

PENYERANG yang kesepian selepas dibuang skuadnya kembali memulakan latihan pramusim keseorangan di tepi pantai.

Ketika Chelsea berada di Singapura dalam jelajah ke Asia, Diego Costa memilih untuk berlatih di tepi pantai Brazil tanpa melapor diri walaupun masih mempunyai kontrak.

Penyerang Sepanyol itu bertindak memuat naik video di Instagram miliknya bahawa dia sedang berlatih untuk menjadi lebih baik dan cergas daripada sebelum ini.

Seperti yang umum ketahui, Costa tidak lagi diperlukan selepas Chelsea mendapatkan penyerang baharu, Alvaro Morata dengan nilai £70.6 juta.

Berikutan itu juga, Costa meluahkan untuk pulang kembali ke Atletico Madrid.


Artikel Sebelum

Harga Coutinho Naik Mendadak!

Artikel Berikut

Djokovic Gantung Raket 2017

Artikel Lain