suria

Neymar-Somedo Bergaduh

NEYMAR meninggal sesi latihan skuad Barcelona selepas bergaduh dengan rakan sepasukannya.

Pemain Brazil itu meninggalkan padang selepas bergaduh dengan pemain baharu kelab, Nelson Somedo dari Benfica.

Tindakan Neymar itu menguatkan lagi spekulasi perpindahannya ke Paris Saint Germain (PSG) yang timbul sejak kebelakangan ini.

Dalam satu klip video yang dilaporkan oleh Sportsmail, situasi tegang kedua-dua pemain itu berlaku ketika sesi latihan.

Pemain Javier Mascherano bertindak menghalang kedua-dua pemain daripada terus bergaduh.

Selepas itu, Neymar dilihat berjalan keluar padang sambil melempar bib latihan yang dipakai.

Penyerang itu juga dilihat melepaskan marahnya dengan menendang bola dan terkena palang gol.

Kejadian tersebut berlaku di Miami ketika skuad Ernesto Valverde menjalani latihan bagi perlawanan persahabatan pra musim di Amerika Syarikat.

Neymar, barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain