suria

'Ejen Pogba' Beraksi Lagi?

PUJUKANNYA diakui amat berkesan ekoran kejayaan memancing penyerang berbisa Everton, Romelu Lukaku ke Old Trafford pada pertengahan bulan ini.

Kini timbul spekulasi baharu dalam kalangan penyokong Manchester United sama ada 'Ejen Paul Pogba' sekali bagi beraksi dan kali ini sasarannya adalah bintang sensasi Barcelona, Neymar.

Aksi kedua-dua pemain itu berbual di terowong pemain selepas perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat (AS), pada Rabu lalu, ternyata mengundang persoalan.

Neymar menjaringkan gol kemenangan pada babak pertama dan dia dilihat berbual panjang bersama Pogba selepas perlawanan tersebut.

Kedua-dua pemain itu berpelukan sebelum Neymar menemui bos United, Jose Mourinho dan berbuat perkara yang sama.

Neymar juga memua tnaik gambar mereka berdua di dalam Instragram dan foto itu menjadi viral dalam laman sosial dengan menimbulkan spekulasi sama ada Mourinho menghantar 'Ejen Pogba' untuk memujuk Neymar.

Masa depan pemain kebangsaan Brazil itu menjadi tanda tanya susulan minat daripada Paris Saint-Germain yang sedia membayar rekod perpindahan dunia, 197 juta pound sterling.

Malah kelab Perancis itu juga sedia membayar gaji sebanyak 500,000 pound sterling seminggu bagi memastikan Neymar meninggalkan Nou Camp.

Lebih menghangatkan spekulasi, Mourinho turut mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan sama ada United berminat mendapatkan Neymar.

"Saya tidak tahu Neymar akan bermain di kelab mana pada musim depan.

"Sebagai jurulatih pasukan lawan, saya hanya boleh katanya bahawa saya gembira melihatnya bermain," kata pengurus kelahiran Portugal itu. - Mail Online

Paul Pogba, Manchester United, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain