suria

“Bila Ayah Akan Bermain Lagi?”

PEMAIN tengah Arsenal, Santi Cazorla mendedahkan perasaannya selepas dihimpit kecederaan sejak hujung tahun lalu.

Bintang Gunners itu dipinggirkan akibat kecederaan sejak mereka menang 6-0 ke atas Ludogorets dalam saingan Liga Juara-Juara pada Oktober 2016.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu kemudiannya menjalani lapan pembedahan bagi merawat kecederaan di bahagian kaki kanannya.

Namun pengalaman itu amat sukar buat Cazorla terutamanya membabitkan soal emosi apabila memikirkan kariernya sebagai pemain terhenti selama beberapa bulan dan masih berterusan.

"Saya tidak mempunyai kekuatan pada bahagian tendon atau berotot besar.

"Setiap hari anak lelaki saya akan bertanya sama ada saya akan bermain semula.

"Dia mahu melihat aksi saya di padang dan saya berharap kecederaan ini akan sembuh secepat mungkin," katanya. - Mail Online

Santi Cazorla, Arsenal

Artikel Sebelum

'Ejen Pogba' Beraksi Lagi?

Artikel Berikut

Artikel Lain