CHELSEA tewas 2-1 kepada Inter Milan di Stadium Nasional, Singapura pada dalam aksi jelajah pra musim, Sabtu. Inter Milan membuka jaringan minit terakhir sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi Stevan Jovetic. Namun gawang Chelsea sekali lagi digegarkan dengan jaringan Ivan Perisic minit ke-53. Bagaimanapun skuad bimbingan Luciano Spalletti itu sedikit tergugat apabila pemainnya Geoffrey Kondogbia tersilap langkah menghantar bola ke arah gawang sendiri. Ia sekaligus memberi gol saguhati kepada anak buah Antonio Conte yang gagal memecah kebuntuan gol sendiri sehingga perlawanan berakhir.