suria

Remaja Dunia: Malaysia Naib Juara Berpasukan Wanita

Foto kredit: Majlis Sukan Negara

KUALA LUMPUR: Pasukan skuasy remaja wanita Malaysia sekali lagi terpaksa berpuas hati sekadar bergelar naib juara Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia selepas kalah 0-2 kepada Mesir dalam perlawanan akhir pada Sabtu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di  Tauranga, New Zealand, pada Sabtu, pemain Malaysia yang beraksi buat kali ketiga dalam kejohanan itu, berusaha keras untuk meraih kejuaraan sulung mereka.

Pemain Mesir, Hania El Hammamy terlalu handal bagi pemain remaja wanita utama Malaysia, S. Sivasangari, dengan memenangi perlawanan itu 11-8, 11-8, 6-11 dan 11-9 dalam masa 44 minit.

Selepas itu, Andrea Lee, yang terpaksa berdepan juara remaja individu dunia yang baru dinobatkan, Rowan Reda, turut tewas.Andrea kalah kepada Rowan 4-11, 4-11, 11-9 dan 7-11 dalam perlawanan 37 minit.

Kekalahan itu membolehkan pasukan Mesir meraih gelaran juara buat kali keenam.

Jurulatih Malaysia Andrew Cross berpendapat anak didiknya agak lembap di awal perlawanan namun beliau memuji pasukan Mesir dan penguasaan mereka dalam dunia skuasy.

"Para pemain saya beraksi dengan baik. Mereka mahu berada  di final, mereka berjaya melakukannya dan saya bangga dengan cara mereka memberi tentangan ke atas Mesir, bagaimanapun Rowan dan Hania bermain dengan lebih baik berbanding aksi mereka dalam final individu," katanya, yang dipetik laman web rasmi kejohanan, www.wsfworldjuniors.com.-Bernama

Skuasy

Artikel Sebelum

Neymar Dedah Rahsia

Artikel Berikut

Artikel Lain