suria

Spurs Tak Layan Kritikan Conte

PENGURUS Tottenham Hotspurs tidak mahu 'melayan' kritikan Antonio Conte terhadap kelabnya.

Mauricio Pochettino memberitahu bahawa dia perasa hairan kerana orang lain sangat memberi fokus apa yang dilakukan kelabnya.

Ia timbul selepas pengurus Chelsea itu menyuarakan pandangan sinisnya terhadap Spurs yang tidak boleh menjadi pencabar sekiranya terus menyimpan pemain-pemain terbaik.

"Ia membuatkan seperti saya ingin ketawa kerana kenapa orang lain sibuk memberi fokus kepada pemain-pemain dan kelab ini.

"Saya sangat menghormati segala pandangan. Saya juga menghormati semua pemain, pengurus dan juga pemilik di kelab-kelab lain.

"Saya bukan seperti pengurus yang suka bercakap mengenai kelab lain atau orang lain dan juga apa yang berlaku dalam kelab mereka.

"Saya cuba menyediakan yang terbaik untuk bersaing dan menang kerana itulah mentaliti kami," jelas Pochettino.

Pengurus kelahiran Argentina itu juga mengakui setiap kelab mempunyai perancangan yang berbeza.

"Memang benar apabila sesebuah kelab berbelanja besar, harapan dan tekanan mereka akan lebih besar. Begitu juga dengan kami yang mempunyai tekanan dan cita-cita tersendiri.

"Saya fikir lebih baik bersikap tenang dan menghormati segala pandangan yang diberi kepada kami. Anda tidak perlu bercakap mengenai kelab lain kerana lebih penting adalah fokus kepada kelab sendiri," tambahnya.

Ia dikatakan timbul kerana Spurs enggan melepaskan pemain-pemain utama mereka, terutamanya Harry Kane.

Mauricio Pochettino, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain