suria

Neymar Setuju Sertai PSG?

PENYERANG Barcelona, Neymar dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak Paris Saint Germain dan perpindahannya akan dimuktamadkan pada minggu depan.

Masa depan pemain Brazil itu hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini selepas dia mendedahkan mahu meninggalkan Nou Camp kerana inginkan cabaran baharu.

Bapa Neymar telah mengadakan perbincangan dengan PSG dan laporan kini mendakwa anak lelakinya itu akan menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Perancis tersebut.

Neymar dilaporkan akan menerima pendapatan hampir 27 juta pound sterling setahun selepas ditolak cukai.

Perpindahan itu yang disifatkan sebagai paling mahal pernah dilakukan kerana PSG akan cuba untuk memenuhi klausa pelepasan Neymar bernilai 197 juta pound sterling.

Namun kedua-dua kelab itu masih belum memuktamadkan perjanjian tersebut.

Menurut portal RMC, perjanjian itu akan diselesaikan pada Isnin atau Selasa minggu depan.

Sebelum ini, Presiden Barca, Josep Bartomeu memberi bayangan bahawa nasib Neymar di Nou Camp masih belum jelas.

"Anda tahu apabila pemain mahu meninggalkan kelab, mereka boleh buat keputusan. Namun Barcelona masih mahukannya. Kerana jika kita mahu menang, kita amat memerlukan pemain terbaik," katanya.

Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain