suria

Jentera Tempur Kedah Siap Sedia Serang Melaka

Ken Ilso.

GANDINGAN Ken Ilso Larsen dan Sandro Da Silva yang menjaringkan empat gol dalam perlawanan sebelum ini pasti akan kembali menjadi sandaran dan perhatian ketika skuad hijau kuning menentang Melaka United pada Sabtu.

Gandingan pemain dari Brazil dan Denmark itu seakan sukar disekat apabila kedua-dua mereka semakin serasi dalam mengatur serangan.

Sandro memberitahu, dia kini mula memahami corak permainan Ilso dan ia memudahkan pergerakan mereka ketika menyerang.

"Bila lebih serasi ia memudahkan pergerakan dan persefahaman kami di atas padang dan saya harap ia akan menjadi perlawanan bertemu Melaka lebih baik.

"Saya dan Ilso Larsen sudah mengenali permainan di antara kami dan ini memberi kelebihan untuk membolosi gawang lawan dan saya yakin kami mampu mengulangi kecemerlangan itu pada perlawanan di Stadium Hang Jebat.

Sandro Da Silva.

“Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol asalkan kami mampu mengutip mata penuh. Baki perlawanan yang ada amat penting untuk kami terus berusaha dan mendapatkan kemenangan," katanya kepada mStar Online.

Sandro menambah, dia perlu berusaha memberikan lebih banyak kejayaan kepada Kedah selepas pasukan berkenaan memberi peluang untuknya merawat kecederaan pada tahun lalu.

"KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) dan penyokong telah memberi peluang kepada saya merawat kecederaan tahun lalu dan bila sudah pulih saya perlu membalas budi baik mereka dengan kemenangan.

"Saya mengingatkan diri sendiri dan rakan supaya tidak memandang rendah kemampuan Melaka kerana mereka mampu mengejutkan kita.

"Untuk itu kita perlu berusaha sebaik mungkin sepanjang permainan supaya tidak pulang hampa. Kemenangan ini penting untuk semua," jelasnya.

Kedah, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Neymar Setuju Sertai PSG?

Artikel Berikut

Artikel Lain