PERLAWANAN persahabatan di antara Barcelona dan Real Madrid bukan sekadar aksi biasa. Ia dibuktikan apabila Stadium Hard Rock di Miami penuh dengan kehadiran 66,014 penonton. Pastinya kelibat pemain-pemain bintang menjadi tumpuan seperti Lionel Messi yang membuka jaringan seawal minit keempat permainan untuk Barcelona. Real Madrid turun tanpa Cristiano Ronaldo yang masih bercuti memberi saingan maksimum ketika bertemu anak buah Ernesto Valverde itu. Barca berjaya mendominasi permainan apabila Ivan Rakitic menambah jaringan kedua (minit ke-7) sebelum Mateo Kovacic merapatkan jurang gol. Marco Asensio menyamakan kedudukan Madrid minit ke-36. Namun babak kedua menyaksikan saingan lebih sengit, namun Barcelona lebih bernasib baik apabila berjaya mencatat gol kemenangan menerusi Gerard Pique minit ke-50. Keputusan kekal 3-2 sehingga wisel akhir dibunyikan.