ARSENE Wenger sekali lagi menegaskan bahawa Alexis Sanchez tidak akan ke mana-mana menjelang musim baharu nanti. Wenger mengesahkan pemain antarabangsa Chile itu akan kembali menjalani latihan bersama skuad pada Selasa ini. Sanchez yang sepatutnya kembali ke Stadium Emirates pada Ahad, namun terpaksa ditangguhkan kerana mengalami selsema. Sanchez memuat naik gambar di laman Instagramnya pada Sabtu dengan kapsyen 'sick'. "Ya, dia mengalami selsema. Saya ada menghubungi menerusi teks semalam. "Dia akan kembali secepat mungkin. Doktornya memberitahu tidak ada masalah serius dan sepatutnya akan tiba esok, tetapi dia akan menyertai kami hari Selasa nanti," ujarnya.