JOSE Mourinho menyangkal spekulasi mengenai Marouane Fellaini akan meninggalkan Manchester United untuk berhijrah ke Galatasaray. Sebaliknya Mourinho menyatakan bahawa peluang adalah lebih besar baginya menyertai kelab bola sepak Turki itu berbanding pemain tengah berkenaan. Fellani menjaringkan gol pertama buat Manchester United menerusi kemenangan 3-0 ke atas Valerenga pada Ahad. Pengarah sukan Galatasaray, Cenk Urgin menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu. Bagaimanapun, Mourinho menegaskan bahwa Fellaini kekal dalam kelab di bawah pimpinannya. Beliau berkata: "Adalah lebih mudah bagi Galatasaray untuk mendapatkan saya berbanding Marouane." "Marouane - lupakanlah. Dia amat penting buat saya." - Mail Online