FERNANDO Torres (gambar) mendedahkan bahawa dia ingin bersara di Atletico Madrid kerana hanya kelab itu yang membuatkan bintang Sepanyol itu benar-benar bahagia. Torres memasuki carta pemain disegani ketika bersama Atletico dan bergelar kapten pasukan ketika berusia 19 tahun. Pada usia 23 tahun, Torres berpindah ke Liverpool sebelum meneruskan langkah ke Chelsea dan AC Milan dan akhirnya kembali ke Atletico. Pada hujung musim lalu, Torres menandatangani kontrak baharu untuk menyambung khidmatnya selama setahun lagi dan berhasrat untuk terus kekal biarpun sedang diintai Mexico. "Di sini tempatnya saya rasa betul-betul bahagia," kata Torres. "Saya di rumah. Saya kembali ke Atletico selepas lapan tahun dan di sini saya rasa gembira. "Keiinginan saya adalah bermain untuk Atletico dan bersara di sini di samping memenangi trofi serta membantu pasukan terus menjadi antara yang terbaik di Eropah. "Itu sahaya pilihan yang ada di dalam fikiran saya buat masa sekarang," katanya. - Eurosport