LUCA Zidane menjadi perhatian ketika aksi persahabatan Real Madrid menentang MLS All-Stars. Pemain berusia 19 tahun itu berjaya menyelamatkan percubaan Dom Dwyer sebelum Giovani Dos Santos menyempurnakan bola muntah ke gawang. Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1- sehingga perlawanan berakhir, namun Real Madrid mencatat kemenangan menerusi penentuan penalti 4-2. Pastinya Luca yang menjadi hero dalam menyelamatkan sepakan penalti tuan rumah tersebut. Pra jelajah Real Madrid ke Miami berakhir sedikit suram selepas tewas dalam tiga perlawanan awal bertemu Manchester United, Manchester City dan Barcelona. Anak pengurus kelab itu terus menjadi perhatian selepas aksinya bersama skuad utama.