suria

Lepaskan Saya!

PENYERANG berbisa Chelsea, Diego Costa dilapor sudah hilang sabar dan mahu bertindak lebih tegas bagi memastikan hajatnya tercapai.

Menurut laporan Mirror.uk, Costa sedia mengemukakan permintaan untuk keluar dari Chelsea dengan harapan memaksa bos The Blues, Antonio Conte membenarkannya menyertai semula Atletico Madrid pada musim depan.

Tempat Costa sudah diganti dengan kemasukan penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dengan nilai 67 juta pound sterling.

Namun hasrat Costa untuk keluar dari kelab London itu masih belum dapat disahkan walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lamanya.

Costa masih bercuti di Brazil memandangkan Conte enggan membenarkan penyerang kebangsaan Sepanyol itu berlatih bersama skuad utama.

Agensi berita Brazil, EFE mendakwa bahawa Costa akan beraksi semula bersama Atletico Madrid walaupun tidak boleh bermain sehingga Januari disebabkan sekatan kewangan ke atas kelab Sepanyol tersebut.

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain