suria

Matic Minta Maaf

PENAMPILAN sulung Nemanja Matic bersama Manchester United tidak seperti dirancang apabila dia secara tidak sengaja memecahkan cermin mata seorang penonton selepas bola yang ditendangnya terkena muka wanita terbabit.

United beraksi pada perlawanan akhir jelajah pra musim di Dublin dan mendahului Sampdoria menerusi jaringan Henrikh Mkhitaryan dari jarak dekat.

Matic mempamerkan persembahan menakjubkan pada babak pertama dan menerima pujian daripada penyokong United.

Namun pemain kelahiran Serbia itu memohon maaf kepada seorang penyokong wanita yang menjadi mangsa rembatan bolanya.

Matic menyedari kesilapan itu dengan pantas dan meluru ke arah wanita itu untuk memohon maaf dan memeluknya.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai United dari Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai 40 juta pound sterling.

Dia bersetuju mengikat kontrak di Old Trafford selama tiga tahun.




Nemanja Matic, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain