suria

Mengarut! Chelsea Pertahan Conte

PERBALAHAN antara Diego Costa dan bos Chelsea, Antonio Conte kini semakin berlanjutan dan mengheret sama pihak pengurusan kelab susulan dakwaan yang dilemparkan oleh peguam penyerang tersebut.

Peguam Costa, Ricardo Cardoso pada awal minggu ini mendakwa bahawa kliennya dipaksa keluar daripada Stamford Brigde.

"Kami akan menggunakan segala saluran undang-undang untuk memastikan Chelsea bertanggungjawab atas sikap mereka yang mahu Costa keluar daripada kelab.

"Tindakan sedemikian menunjukkan ketidakadilan dan kurang rasa hormat kepada pemain (Costa).

"Costa akan mengemukakan rayuan untuk berpindah dan buat masa ini dia tidak akan bermain dengan mana-mana kelab selain Atletico Madrid," kata Cardoso.

Bagaimanapun, Chelsea menyelar tuduhan itu dan mengingatkan semula bahawa Costa yang mahu meninggalkan Stamford Brigde selepas bertelagah dengan Conte.

"Keputusan yang dibuat Costa (meninggalkan Chelsea) dibuat pada Januari lagi.

"Pemain itu tahu tentang keputusannya, begitu juga ejennya. Jelas bahawa peguamnya tidak dimaklumkan tentang keputusannya.

"Malah dakwaan peguam tentang tindakan Conte menghantar mesej untuk memaksa Costa keluar pada Jun lalu adalah mengarut," kata jurucakap Chelsea yang enggan dikenali. - Mail Online

Diego Costa, Chelsea, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain