suria

Neymar Tidak Boleh Main?

HASRAT pemain termahal dunia, Neymar Jr untuk membuat penampilan sulung pada Sabtu, terbantut selepas masalah teknikal yang dihadapi ketika urusan perpindahannya dari Barcelona ke PSG.

Neymar sepatutnya diturunkan pada aksi pertama PSG menentang Parc De Prince dalam perlawanan pembukaan Ligue 1, sekali gus saat ditunggu-tunggu peminat bola sepak dunia untuk melihat aksi pemain bernilai 199 juta pound sterling itu.

Namun laporan di Perancis mendakwa bahawa pihak yang menguruskan Ligue 1, LFP perlu mendapatkan surat pengesahan perpindahan Neymar sebelum tengah malam Jumaat bagi memudahkan urusan pendaftaran pemain kelahiran Brazil itu.

Tetapi setakat selepas tempoh yang ditetapkan, LFP masih belum menerima dokumen daripada pihak pengurusan La Liga.

Pegawai pengurusan La Liga mengkritik perpindahan Neymar itu selepas presidennya, Javier Tebas mahu mengemukakan aduan kepada Fifa, Kesatuan Eropah dan mahkamah di Switzerland tentang pembelian pemain berusia 25 tahun itu.

Tebas mendakwa, pembelian itu dianggap tidak adil kerana PSG menerima suntikan wang yang tidak terhad daripada pemilik. - Mail Online

Neymar

Artikel Sebelum

Marahlah Saya - Klopp

Artikel Berikut

Artikel Lain