REKOD perpindahan dunia yang dicatatkan oleh Neymar Jr dari Barcelona ke PSG merupakan penanda aras baharu bahawa harga pemain profesional akan terus meningkat. Namun di sebalik rekod itu, pasti timbul persoalan bahawa pengurus manakah yang paling banyak berbelanja sepanjang karier mereka. Jose Mourinho menjadi pengurus bola sepak pertama di dunia yang berbelanja melebih 1 bilion pound sterling (RM5.56 bilion) sepanjang kariernya selepas membawa masuk Romelu Lukaku ke Manchester United. Analisis menunjukkan, sepanjang tempoh 17 tahun bergelar pengurus, jurulatih kelahiran Portugal itu telah membelanjakan 1.1 juta pound sterling (RM6.13 bilion). Pep Guardiola pula menduduki tangga kedua paling banyak berbelanja dengan menghabiskan 859 juta pound sterling (RM4.7 bilion) dalam tempoh kira-kira sembilan tahun bergelar pengurus. Mourinho dan Guardiola dianggap sebagai antara pengurus hebat yang sanggup mengeluarkan belanja besar demi memburu gelaran. Satu-satunya pengurus yang hampir menyamai rekod kedua-dua jurulatih tersebut adalah pengurus Bayern Munich, Carlo Ancelotti yang berpengalaman selama 22 tahun dan telah membelanjakan 970 juta pound sterling (RM5.4 bilion). Walaupun jumlah yang dibelanjakan oleh Ancelotti lebih tinggi berbanding Guardiola, tempoh pengurus Manchester City tersebut terlibat dalam hal pengurusan lebih singkat berbanding rakan sejawatnya itu. - Mail Online