ARSENAL merekodkan kemenangan kesembilan berturut-turut di Stadium Wembley. Menurut pengurus The Gunners, Arsene Wenger tabiat adalah sesuatu yang bagus dalam apa sahaja peringkat perlawanan setiap musim. Arsenal menjulang juara trofi awal sebelum saingan Liga Perdana bermula hujung bulan ini apabila menewaskan pesaing terdekat yang juga juara liga musim lalu, Chelsea dengan penentuan sepakan penalti 4-1. "Kemenangan ini dijadikan satu semangat, tidak lebih daripada itu. Kami mahu mencari tahap keyakinan yang seimbang melalui perlawanan ini yang boleh diterapkan ke dalam saingan Liga Perdana. "Kami mengalami permulaan musim yang teruk sejak empat tahun kebelakangan ini, perlawanan pertama liga, tetapi kami mempunyai kekuatan dalam persediaan perlawanan. "Jadi, harap saingan Liga Perdana ini akan mempunyai tahap disiplin, semangat yang sama dan tunggu ke mara arah yang akan dibawa," jelas Wenger selepas perlawanan kepada Daily Mail. Arsenal, yang memulakan musim pertama tanpa aksi Liga Juara-Juara sejak 1997, menang dalam sembilan kunjungan mereka ke Wembley yang bermula sejak kemenangan ke atas Wigan Athletic pada separuh akhir Piala FA pada 2014. Pertembungan juara liga dan pemegang trofi Piala FA Inggeris musim lalu itu mampu menguji kelemahan kedua-dua pasukan sebelum bermula aksi panas liga tidak lama lagi. Kemenangan itu juga menyaksikan Arsenal kembali mengambil alih gelaran juara Perisai Komuniti daripada Manchester United musim lalu.