BARCELONA dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani Philippe Coutinho dari Liverpool. ESPN Deportes melaporkan Barcelona akan membayar pendahuluan sebanyak £81.6 juta sementara tambahan €30 juta jika yuran meningkat kepada £108.8 juta. Pemain berusia 25 tahun itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Sepanyol dan spekulasi telah meningkat selepas jualan rekod dunia kelab tersebut yang menyaksikan Neymar berpindah ke PSG. Pendirian Liverpool kekal bahawa Coutinho tidak akan dijual musim panas ini, tiga tahun selepas Luis Suarez meninggalkan The Reds untuk menyertai Barcelona. Bagaimanapun Coutinho dilaporkan telah memberitahu pengurus Jurgen Klopp bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu ketika beberapa pengarah dari Barcelona tiba dari England. Sementara itu menurut The Mail perjanjian itu mungkin mencapai £100 juta sambil menamakan Oscar Grau, Raul Sanllehi dan Javier Bordas sebagai tiga pegawai Barcelona yang terbang ke England untuk urusan pembelian Coutinho.