AHLI perniagaan dari China mengambil alih kelab Southampton. "Bagi memastikan ianya (kelab) makin berkembang dan berhasil, kami kini bekerjasama dengan keluarga Jisheng Gao dan saya teruja dengan apa yang dicapai sekarang," jelas pemilik kelab Katharina Leibherr. Biarpun tanpa butiran lanjut yang dilaporkan, media tempatan percaya Gao telah membeli 80 peratus saham kelab sekitar harga 210 juta pound. Menurut Liebherr, sebelum ini dia telah membina hubungan rapat dengan anak Gao, Nelly Gao yang dipercayai merupakan salah seorang ahli lembaga kelab tersebut. Jun lalu, Liga Perdana Inggeris meluluskan kelab itu diambil alih oleh Gao sekaligus menambahkan lagi bilangan pemilik kelab-kelab Eropah dari China dengan 28 orang setakat ini.