suria

Jersi 'MEALDO' Terburuk Dalam Sejarah

SEORANG penyokong menjadi tumpuan di Camp Nou selepas memakai jersi yang disifatkan paling buruk dalam sejarah dengan nama 'MEALDO' di belakangnya.

Jersi itu dipakai penyokong lelaki semasa pertembungan pusingan pertama Piala Super Sepanyol antara Real Madrid dan Barcelona.

Lelaki tersebut cuba membuktikan bahawa dia bukan sahaja menyokong pasukan tuan rumah tetapi juga Real Madrid apabila bertindak mencantum kedua-dua jersi tersebut menjadi satu jersi.

Nama yang tertera di belakang jersi tersebut adalah gabungan nama pemain bintang kedua-dua pasukan itu iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang dipendekkan kepada 'MEALDO'.

Pada pertembungan itu Real Madrid menundukkan Barcelona 3-1.

Ronaldo dilihat menolak Ricardo selepas tidak berpuas hati dilayangkan kad kuning kedua.

Namun perlawanan itu dicemari dengan insiden Ronaldo dibuang padang selepas meraikan jaringan secara provokatif dan bertindak menolak pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea.

Atas kesalahan itu, pemain terbaik dunia itu digantung lima perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Hukuman itu membabitkan satu perlawanan atas kesalahan kad merah yang diperolehinya selain tambahan empat perlawanan berikutan reaksi tidak sepatutnya terhadap pengadil.

Bintang Portugal itu turut didenda 3,805 euro dan diberikan 10 hari untuk mengemukakan rayuan. 

jersi, MEALDO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain