suria

Pemilik Chelsea Beri Lampu Hijau

CHELSEA bakal memperkuatkan skuad bimbingan Antonio Conte selepas pemilik kelab itu, Roman Abramovich memberi lampu hijau.

Selepas tewas 3-2 kepada Burnley, Chelsea sedia membelanjakan sebanyak £120 juta untuk membawa masuk muka baharu.

Daily Mirror melaporkan, Abramovich sedia mengubah 'mood' penyokong khususnya Conte dan pemain yang tidak baik ketika ini.

Berikutan itu, Conte dijangka mendapatkan Oxlade-Chamberlain dari Arsenal dengan nilai £35 juta.

Selain itu, Virgil van Dijk antara tumpuan Chelsea walaupun pemain berkenaan dikaitkan dengan Liverpool sebelum ini.

Tidak mustahil juga Conte akan membawa masuk pemain Itali atau bekas pemainya dalam usaha memperkemaskan skuad The Blues.

Chelsea, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skuad Vingada Mula Berlatih

Artikel Lain