suria

Pogba Lega Neymar Ke PSG

PAUL POGBA mengakui lega apabila Neymar berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran pemindahan tertinggi dunia.

Pemain perancis itu berkata, dengan pemindahan tersebut, dia tidak lagi dikritik kerana menjadi pemain termahal dunia.

Neymar berhijrah ke PSG dengan yuran pemindahan bernilai £198 juta sekaligus mengatasi Pogba (£89 juta).

Pogba, 24, percaya kini dia dapat memberi perhatian dengan lebih baik di Old Trafford kerana tidak lagi menjadi tumpuan.

Musim lalu, aksi Poga dikritik kerana gagal membawa United muncul juara walaupun bergelar pemain termahal dunia.

"Musim lalu, soalan pertama terarah kepada saya ialah mengenai nilai pemindahan.

"Sekarang, isu atau soalan ini tidak wujud lagi.

"Ketika tinggalkan United saya rasa seperti tidak lengkap  kerana tidak pernah menjadi pemain penting di situ.

"Sekarang saya gembira kerana telah kembali. Saya akan menjadi pemain utama di sini.

"Saya lebih yakin pada musim kedua ini. Saya juga telah belajar banyak perkara mengenai Liga Perdana Inggeris bersama rakan sepasukan.

"Kini adalah masa untuk kami mendapatkan kejayaan," katanya selepas majlis tajaan.

Manchester United, Neymar, Pogba, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain