BERJAUHAN lebih 8,000 kilometer dari Stamford Bridge, Diego Costa mungkin 'lebih jauh' untuk memperbaiki hubungannya bersama pengurus Antonio Conte. Bagaimanapun Costa kelihatan masih memakai seluar Chelsea semasa mengunjungi sebuah gim di Brazil pada Jumaat. Pemain berusia 28 tahun itu ketika ini berlatih sendirian di kampung halamannya, Lagarto di Brazil selepas enggan pulang ke England untuk berlatih bersama Chelsea. Costa dilaporkan sebelum ini mahu kembali ke bekas kelab lamanya, Atletico Madrid. Bagaimanapun Atletico berdepan larangan pengambilan pemain sehingga jendela perpindahan Januari. Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Costa kelihatan bersenam dengan harapan untuk kembali ke Atletico Madrid selepas larangan tersebut ditarik balik. - Mail Online