suria

Kecoh Neymar Di Barcelona

Messi (kanan) memuat naik gambar bersama Neymar (tengah) di laman sosial.

PERANG dingin antara lembaga Barcelona dan di bilik persalinan pasukan itu tercetus pada Selasa malam apabila Lionel Messi menyiarkan gambarnya bersama Neymar di media sosial.

Perkara itu dibuat hanya beberapa jam selepas kelab itu mengesahkan ia menyaman penyerang kelahiran Brazil itu.

"Dia kembali," kata Messi di bawah gambar yang diambil semasa sambutan ulang tahun anak lelaki Neymar, Davi Lucca di Catalonia, Sepanyol pada Selsa.

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram itu menjadi sasaran lembaga Barcelona yang mengesahkan mahu membawa Neymar ke mahkamah berikutan perpindahannya ke Paris-Saint Germain.

Kelab itu mengeluarkan kenyataan pada Selasa mengesahkan mereka memfailkan tuntutan terhadap ganti rugi terhadap Neymar di atas kegagalan untuk memenuhi kontrak baharu yang ditandatanganinya tahun lalu.

Barcelona membuat tuntutan itu di mahkamah buruh Barcelona pada 11 Ogos lalu, dan menghantar pengesahan itu kepada Persekutuan Bolasepak Sepanyol pada Selasa untuk menyampaikannya kepada Persekutuan Bolasepak Perancis dan Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa Fifa. - Mail Online


Artikel Sebelum

Barcelona Tak Serik!

Artikel Berikut

Artikel Lain