suria

Khairul Hafiz Bawa Pulang Emas

Khairul Hafiz membalut badannya dengan bendera Malaysia ketika bergambar di hadapan kamera pengamal media.

KUALA LUMPUR: Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan memenangi acara 100m lelaki Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Selasa.

Khairul Hafiz, mencatatkan masa 10.38 saat untuk meraih pingat emas buat negara.

Atlet kelahiran Melaka itu mengunci masa 10.34 saat pada acara separuh akhir untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Khairul Hafiz, 19, memegang rekod kebangsaan 10.18 saat pada acara tersebut.

Pelari pecut itu juga memegang rekod individu terbaik 20.9 saat untuk memecah rekod acara 200m lelaki kebangsaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain