BERIKUT adalah gambar-gambar suasana Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung Selasa: Atlet lawan pedang negara Che Ku Nur Aida (kiri) beraksi menentang lawannya dari Filipina, Hanniel Abella, pada perlawanan awal kategori Foil Individu Wanita Sukan SEA KL2017 di MITEC. -Bernama Atlet Equestrian negara (dari kanan), Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, Quzandria Nur Mahamad Fathil, Quek Sue Yian dan Edric Lee Chin Hon bergambar bersama pingat emas dan kuda masing masing selepas memenangi acara Equestrian Dressage berpasukan pada Sukan SEA ke 29 KL2017 di Pusat Equestrian 3Q. Malaysia mengumpul 210.947 mata menewaskan Thailand dengan 206.211 mata manakala tempat ketiga dimenangi Singapura dengan 201.289 mata. - Bernama Pasukan lumba basikal negara melakukan kayuhan dalam acara ujian masa berpasukan Sukan SEA 2017. Pasukan negara menang pingat emas selepas mencatatkan masa 1:01:37.893. Perak dimenangi oleh pasukan Thailand manakala Vietnam memperolehi gangsa. - Bernama Senthil Kumaran Sevarajoo (kiri) menentang Jayson Ramil Macaalay (kanan) dari Filipinan dalam acara Kumite kategori bawah 60kg. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (dua, kanan) mewakili Pasukan Polo negara menentang Brunei pada Sukan SEA ke 29 di Taman Equestrian Putrajaya Presint 5. - Bernama