suria

Pasukan Dressage Negara Sumbang Emas

RAWANG: Pasukan dressage negara yang diketuai oleh Qabil Ambak (gambar) mengharumkan nama Malaysia dengan menghadiahkan emas di Pusat Equestrian 3Q di Rawang pada Selasa.

Atlet berusia 37 tahun itu dan pasukannya, Quzandria Nur, Edric Lee dan Quek Sue Yian mencuri perhatian juri dengan skor terkumpul sebanyak 210.947 mata sekaligus merebut gelaran juara.

(Dari kiri) Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, Quzandria Nur Mahamad Fathil, Edric Lee Chin Hon dan Quek Sue Yian bergambar bersama pingat emas dan kuda masing- masing selepas memenangi acara Equestrian Dressage berpasukan pada Sukan SEA ke 29 KL2017 di Pusat Equestrian 3Q.  

Sementara itu, pasukan Thailand yang diketuai oleh Puteri Thailand, Puteri Sirivannavarihariratana Vajiralongkorn pula berada di kedudukan kedua dengan pungutan mata 73.053 di atas persembahan yang tiada cacat cela itu.

Pertandingan tersebut merupakan pingat emas Sukan Sea ke-10 Qabil dan beliau akan beraksi lagi pada pertandingan dressage kategori individu pada Rabu.

Sukan Sea KL 2017, Qabil Ambak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain