GIANLUIGI Buffon mendedahkan mahu kelabnya menentang sebuah pasukan daripada Liga Perdana Inggeris pada saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum mengumumkan pesaraan. Penjaga gol Juventus itu ingin bersara pada akhir musim ini apabila usianya mencecah 40 tahun. Namun sebelum itu, Buffon mahu Juventus menentang Manchester United untuk merasai pengalaman terakhir bermain di Old Trafford. Ini kerana Buffon ingin mengubati kekecewaan Liga Juara-Juara pada 2003 apabila Juventus tewas kepada kepada AC Milan pada perlawanan akhir. Selain itu, legenda Juventus tersebut juga mendakwa rindu untuk kembali beraksi di bawah lampu Old Trafford yang mempunyai aura tersendiri. "Saya ingin menguji diri di Bernabeu dan Camp Nou lagi, saya ingin bermain di satu petang istimewa di Old Trafford," katanya.